Bangi Golf Resort telah dipilih untuk meraikan jasa pengawas-pengawas SMK Taman Jasmin 2. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Norbayah binti Ishak. YDP PIBG, En Annuar bin Idris telah menjadi tetamu jemputan (jasamu dikenang). Para pelajar bertolak dari sekolah dengan menaiki bas serta diiringi oleh guru-guru disiplin. Tujuannya adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan badan pengawas yang telah bersama-sama membantu guru untuk memantapkan disiplin sekolah agar sentiasa berada di tahap yang baik.
Thursday, October 14, 2010
MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA-PUTERA PENGETUA
Tarikh keramat 10.10.10 telah dipilih oleh pengetua untuk mengadakan majlis resepsi putera-putera beliau. Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana telah menjadi tanda ingatan selamanya buat keluarga beliau dan semua menantu-menantunya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Norbayah binti Ishak di atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga keluarga beliau diberkati dan dirahmati.
![]() |
| Pn Norbayah sedang melayan tetamu yang hadir |
![]() |
| Pn Norbayah binti Ishak bersama Pn Zihana Md Zin dan Pn Shamsiah Omar |
Wednesday, October 13, 2010
MAJLIS RESTU ILMU PMR
Pada 4hb Oktober 2010 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama unit kaunseling telah mengadakan program restu ilmu untuk pelajar yang akan menduduki PMR. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid dan guru untuk saling bermaafan dan meminta restu ilmu yang telah dicurahkan. Dengan harapan para pelajar akan sentiasa dipermudahkan, tenang dan mudah untuk menempuh peperiksaan yang bakal dihadapi. Pada majlis ini juga pihak sekolah dengan bantuan PIBG telah menyumbangkan peralatan alat tulis kepada para pelajar.
| Barisan pelajar memohon restu daripada Pn Tuan Salwani Tuan Man |
| Para pelajar khusyuk mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Ismail bin Sulaiman |
| Pn Norbayah binti Ishak memberikan kata-kata semangat kepada pelajar |
| Pn Zaleha Abdullah, Guru Sains memeluk erat pelajar-kasih seorang guru- |
Tuesday, October 5, 2010
PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH 2010
Peperiksaan PMR yang berlangsung pada 5 Okt-12.Okt 2010 akan diduduki oleh 499 orang calon. Justeru itu, warga pendidik SMK Taman Jasmin 2 ingin mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya didalam peperiksaan ini seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Bersama-sama untuk meningkatkan GPA sekolah ini.
Sunday, September 5, 2010
PROGRAM IHYA RAMADAN
Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dikenali sebagai bulan ibadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"
| Pengetua bersama pelajar dalam Majlis Khatam Al-quran sempena Bulan Ramadan |
| YDP PIBG, En Annuar bin Idris turut serta dalam Majlis Ihya Ramadhan |
| Majlis Penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelajar oleh pengetua, Pn Norbayah Ishak |
| Barisan pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-quran sedang membaca Al-Quran sambil dipantau oleh Ust. Ismail Pada 2 September yang lalu, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan yang merangkumi majlis khatam quran, penyampaian sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim, berbuka puasa, Solat Hajat, dan Solat Tarawih. Pihak sekolah menganjurkan majlis seumpama ini pada Bulan Ramadhan setiap tahun. Majlis ini juga dihadiri oleh ahli PIBG dan para ibubapa. Majlis ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibubapa. |
Thursday, September 2, 2010
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2010
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010 telah dijalankan pada 2 September 2010 bertempat di Dataran Jasmin. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan persatuan/kelab, sukan dan permainan, dan unit beruniform. Pelajar yang memegang jawatan dalam semua kegiatan kokurikulum dan terlibat aktif dalam kegiatan tersebut akan diberi sijil atas penglibatan mereka.
| Pasukan silat dan barisan ahli PBSM menyambut kedatangan barisan pentadbir sekolah |
| Ketua Perbarisan bersedia untuk menerima arahan daripada Pn Norbayah untuk meneruskan formasi |
| Pn Norbayah binti Ishak sedang menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010 |
| Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama sebahagian pemenang Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum |
SAMBUTAN DI AMBANG MERDEKA
KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53
| Bendera Malaysia Berkibar Megah di Sekitar Tempat Parking Kereta dan Juga Kawasan Sekolah Yang Lain |
| Barisan Guru Menyanyikan Lagu Patriotik |
Sempena menyambut tarikh keramat 31 Ogos , SMK Taman Jasmin 2 telah mengadakan Hari Sambutan Di Ambang Kemerdekaan pada Isnin, 30 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Jasmin.Nyanyian lagu-lagu Patriotik di dendangkan untuk menyemarakkan suasana dan menimbulkan semangat cintakan tanah air dan membangkitkan semangat patriotisme di kalangan guru dan pelajar SMK Taman Jasmin 2.
| Barisan Pentadbir Turut Serta Menyemarakkan Sambutan Di Ambang Kemerdekaan |
Subscribe to:
Posts (Atom)







