Sunday, September 5, 2010

PROGRAM IHYA RAMADAN

Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dikenali sebagai bulan ibadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah.  Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"
Pengetua bersama pelajar dalam Majlis Khatam Al-quran sempena Bulan Ramadan
YDP PIBG, En Annuar bin Idris turut serta dalam Majlis Ihya Ramadhan 
Majlis Penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelajar oleh pengetua, Pn Norbayah Ishak

l
Barisan pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-quran sedang membaca Al-Quran sambil dipantau oleh Ust. Ismail 

Pada 2 September yang lalu, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan yang merangkumi majlis khatam quran, penyampaian sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim, berbuka puasa,  Solat Hajat, dan Solat Tarawih. Pihak sekolah menganjurkan majlis seumpama ini pada Bulan Ramadhan setiap tahun. Majlis ini juga dihadiri oleh ahli PIBG dan para ibubapa. Majlis ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibubapa.





No comments:

Post a Comment