Sunday, September 5, 2010

PROGRAM IHYA RAMADAN

Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dikenali sebagai bulan ibadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah.  Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"
Pengetua bersama pelajar dalam Majlis Khatam Al-quran sempena Bulan Ramadan
YDP PIBG, En Annuar bin Idris turut serta dalam Majlis Ihya Ramadhan 
Majlis Penyampaian sumbangan hari raya kepada para pelajar oleh pengetua, Pn Norbayah Ishak

l
Barisan pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-quran sedang membaca Al-Quran sambil dipantau oleh Ust. Ismail 

Pada 2 September yang lalu, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Program Ihya Ramadhan yang merangkumi majlis khatam quran, penyampaian sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim, berbuka puasa,  Solat Hajat, dan Solat Tarawih. Pihak sekolah menganjurkan majlis seumpama ini pada Bulan Ramadhan setiap tahun. Majlis ini juga dihadiri oleh ahli PIBG dan para ibubapa. Majlis ini juga dapat merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibubapa.





Thursday, September 2, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2010



Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010 telah dijalankan pada 2 September  2010 bertempat di Dataran Jasmin. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang terlibat dalam kegiatan persatuan/kelab, sukan dan permainan, dan unit beruniform. Pelajar yang memegang jawatan dalam semua kegiatan kokurikulum dan terlibat aktif dalam kegiatan tersebut akan diberi sijil atas penglibatan mereka.
Pasukan silat dan barisan ahli PBSM menyambut kedatangan barisan pentadbir sekolah
Ketua Perbarisan bersedia untuk menerima arahan daripada Pn Norbayah untuk meneruskan formasi
b
Pn Norbayah binti Ishak sedang menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2010
Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama sebahagian pemenang Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
Penerima Anugerah Guru Aktif Kokurikulum, Pn Sakina Begum Zainal Abidin  bergambar kenangan bersama Pn Norbayah Ishak


SAMBUTAN DI AMBANG MERDEKA

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 53

Bendera Malaysia Berkibar Megah di Sekitar Tempat Parking Kereta dan Juga Kawasan Sekolah Yang Lain
Barisan Guru Menyanyikan Lagu Patriotik
Sempena menyambut tarikh keramat 31 Ogos , SMK Taman Jasmin 2 telah mengadakan Hari Sambutan Di Ambang Kemerdekaan pada Isnin, 30 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Jasmin.Nyanyian lagu-lagu Patriotik di dendangkan untuk menyemarakkan suasana dan menimbulkan semangat cintakan tanah air dan membangkitkan semangat patriotisme di kalangan guru dan pelajar SMK Taman Jasmin 2.
Barisan Pentadbir Turut Serta Menyemarakkan Sambutan Di Ambang Kemerdekaan

Wednesday, September 1, 2010

PELANCARAN NILAM SEDAERAH

Pn Norbayah binti Ishak bergambar kenangan bersama wakil calon tokoh nilam Daerah yang telah membuat persembahan pada Majlis Pelancaran Nilam Sedaerah.
Pn Norbayah binti Ishak sebagai perasmi Pelancaran Nilam Sedaerah


Pada 30 Ogos yang lalu, SMK Taman Jasmin 2 telah mengadakan Pelancaran Program Nilam Sedaerah. Pengetua SMKTJ2 iaitu Pn Norbayah binti Ishak telah merasmikan majlis ini dengan menurunkan tandatangan beliau pada banner sebagai simbolik perasmian. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang bermatlamat untuk membina tabiat membaca ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa aspek penilaian kemahiran membaca, menulis dan mencari maklumat dalam kalangan para guru dan murid. Tiga orang pelajar telah membuat persembahan sebagai persediaan untuk pencalonan Tokoh Nilam