Wednesday, November 10, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN SMK TAMAN JASMIN 2

Smk Taman Jasmin 2 dengan kerjasama Kelab Guru SMKTJ2 2010 telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun untuk guru-guru. Tujuannya adalah bagi meraikan sumbangan yang dicurahkan sepanjang tahun 2010. Disamping itu, jamuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru. Tetamu jemputan yang hadir ialah En Mohd Shahar bin Saad, Timbalan PIBG SMKTJ2 2010 selaku perasmi.

Antara barisan guru yang hadir menikmati hidangan


Pn Pengetua menunggu untuk menyampaikan hadiah kepada guru tercantik pada hari tersebut
Majlis Jamuan Akhir Tahun 2010 kali ini bertemakan "Mesra Anggun" telah berlangsung pada 30 Oktober 2010 dari jam 2.00 petang - 5.00 petang di Palace of The Golden Horses

Tuesday, November 9, 2010

BERITA TERKINI 10 NOVEMBER 2010

PERUBAHAN TARIKH

  1. Cuti Raya Haji Aidiladha akan bermula dari Hari Selasa 16 November 2010 hingga Jumaat 19 November 2010.
  2. Majlis Restu Ilmu dan Penyusunan kerusi dan meja bagi pelajar SPM 2010 akan diadakan pada hari Isnin 15 November 2010.
  3. Program Bicara Akdemik II akan berlangsung pada hari Isnin 22 November 2010 untuk pelajar tingkatan peralihan, 1, 2 dan 4 bermula jam 8.30 pagi.

Sunday, November 7, 2010

LAPORAN UNIT KURIKULUM SEHINGGA 8 NOVEMBER 2010

1. Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Peralihan, 1,2, & 4 2010
  • peperiksaan bagi tingkatan 1 dan 2 telahpun tamat pada 2 November yang lalu.
  • untuk tingkatan 4 akan berakhir pada 11.11.2010 dan subjek yang masih tinggal ialah Bahasa Cina 1, Bahasa Tamil 1, PJK, Sivik, dan Pendidikan Seni
  • soalan peperiksaan adalah setara untuk semua sekolah di negeri Selangor
2. Hari Penyerahan Kad Kemajuan Pelajar kepada semua ibu bapa/penjaga akan diadakan pada:
  • Tingkatan peralihan, 1, dan 2 : 19.November 2010 (Jumaat) bermula jam 2.30petang
  • Tingkatan 4                           : 19.November 2010 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi
3.Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010
  • Peperiksaan akan bermula pada 23 November 2010 dan akan berakhir 20 Disember 2010 
  • Penyusunan kerusi meja dan penyerahan slip peperiksaan serta sijil berkaitan akan diserahkan pada 19 November 2010

GURU BERBAKAT SMK TAMAN JASMIN 2

Pada 27 hb Oktober yang lalu, seorang guru dari SMK Taman Jasmin 2 telah dijemput untuk menghadiri segmen Lingkar Seni Beralas di Selamat Pagi Malaysia program di TV1. Syabas dan tahniah diucapkan kerana berjaya membawa nama SMK Taman Jasmin 2.





AKTIVITI SELEPAS PMR

Untuk mengisi waktu pengajaran dan pembelajaran murid-murid selepas PMR, guru-guru SMK Taman Jasmin 2 mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai aktiviti selepas pmr untuk murid-murid tingkatan tiga. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan sekolah SMKTJ2. Program ini anjuran bersama Unit Kaunseling Sekolah.
 -AKTIVITI FUSAL DAN BOLA SEPAK  INTERCLASS-




-AKTIVITI PERMAINAN DALAMAN-