Wednesday, September 1, 2010

PELANCARAN NILAM SEDAERAH

Pn Norbayah binti Ishak bergambar kenangan bersama wakil calon tokoh nilam Daerah yang telah membuat persembahan pada Majlis Pelancaran Nilam Sedaerah.
Pn Norbayah binti Ishak sebagai perasmi Pelancaran Nilam Sedaerah


Pada 30 Ogos yang lalu, SMK Taman Jasmin 2 telah mengadakan Pelancaran Program Nilam Sedaerah. Pengetua SMKTJ2 iaitu Pn Norbayah binti Ishak telah merasmikan majlis ini dengan menurunkan tandatangan beliau pada banner sebagai simbolik perasmian. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang bermatlamat untuk membina tabiat membaca ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa aspek penilaian kemahiran membaca, menulis dan mencari maklumat dalam kalangan para guru dan murid. Tiga orang pelajar telah membuat persembahan sebagai persediaan untuk pencalonan Tokoh Nilam