Sunday, November 7, 2010

LAPORAN UNIT KURIKULUM SEHINGGA 8 NOVEMBER 2010

1. Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Peralihan, 1,2, & 4 2010
  • peperiksaan bagi tingkatan 1 dan 2 telahpun tamat pada 2 November yang lalu.
  • untuk tingkatan 4 akan berakhir pada 11.11.2010 dan subjek yang masih tinggal ialah Bahasa Cina 1, Bahasa Tamil 1, PJK, Sivik, dan Pendidikan Seni
  • soalan peperiksaan adalah setara untuk semua sekolah di negeri Selangor
2. Hari Penyerahan Kad Kemajuan Pelajar kepada semua ibu bapa/penjaga akan diadakan pada:
  • Tingkatan peralihan, 1, dan 2 : 19.November 2010 (Jumaat) bermula jam 2.30petang
  • Tingkatan 4                           : 19.November 2010 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi
3.Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010
  • Peperiksaan akan bermula pada 23 November 2010 dan akan berakhir 20 Disember 2010 
  • Penyusunan kerusi meja dan penyerahan slip peperiksaan serta sijil berkaitan akan diserahkan pada 19 November 2010

GURU BERBAKAT SMK TAMAN JASMIN 2

Pada 27 hb Oktober yang lalu, seorang guru dari SMK Taman Jasmin 2 telah dijemput untuk menghadiri segmen Lingkar Seni Beralas di Selamat Pagi Malaysia program di TV1. Syabas dan tahniah diucapkan kerana berjaya membawa nama SMK Taman Jasmin 2.





AKTIVITI SELEPAS PMR

Untuk mengisi waktu pengajaran dan pembelajaran murid-murid selepas PMR, guru-guru SMK Taman Jasmin 2 mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai aktiviti selepas pmr untuk murid-murid tingkatan tiga. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan sekolah SMKTJ2. Program ini anjuran bersama Unit Kaunseling Sekolah.
 -AKTIVITI FUSAL DAN BOLA SEPAK  INTERCLASS-




-AKTIVITI PERMAINAN DALAMAN-




Thursday, October 14, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2010

Bangi Golf  Resort telah dipilih untuk meraikan jasa pengawas-pengawas SMK Taman Jasmin 2. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Norbayah binti Ishak. YDP PIBG, En Annuar bin Idris telah menjadi tetamu jemputan (jasamu dikenang). Para pelajar bertolak dari sekolah dengan menaiki bas serta diiringi oleh guru-guru disiplin. Tujuannya adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan badan pengawas yang telah bersama-sama membantu guru untuk memantapkan disiplin sekolah agar  sentiasa berada di tahap yang baik.






MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA-PUTERA PENGETUA

Tarikh keramat 10.10.10 telah dipilih oleh pengetua untuk mengadakan majlis resepsi putera-putera beliau. Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana telah menjadi tanda ingatan selamanya buat keluarga beliau dan semua menantu-menantunya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn Norbayah binti Ishak di atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga keluarga beliau diberkati dan  dirahmati.
Pn Norbayah sedang melayan tetamu yang hadir

Pn Norbayah binti Ishak bersama Pn Zihana Md Zin dan Pn Shamsiah Omar

Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS RESTU ILMU PMR

Pada 4hb Oktober 2010 yang lalu, pihak sekolah dengan kerjasama unit kaunseling telah mengadakan program restu ilmu untuk pelajar yang akan menduduki PMR. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid dan guru untuk saling bermaafan dan meminta restu ilmu yang telah dicurahkan. Dengan harapan para pelajar akan sentiasa dipermudahkan, tenang dan mudah untuk menempuh peperiksaan yang bakal dihadapi. Pada majlis ini juga pihak sekolah dengan bantuan PIBG telah menyumbangkan peralatan alat tulis kepada para pelajar.

Barisan pelajar memohon restu daripada Pn Tuan Salwani Tuan Man

Para pelajar khusyuk mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Ismail bin Sulaiman

Pn Norbayah binti Ishak memberikan kata-kata semangat kepada pelajar

Pn Zaleha Abdullah, Guru Sains memeluk erat pelajar-kasih seorang guru-

Tuesday, October 5, 2010

PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH 2010

Peperiksaan PMR yang berlangsung pada 5 Okt-12.Okt  2010 akan diduduki oleh 499 orang calon. Justeru itu, warga pendidik SMK Taman Jasmin 2 ingin mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya didalam peperiksaan ini seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Bersama-sama untuk meningkatkan GPA sekolah ini.